Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday 18 November 2011

Guan Eng: Umno paksa Tsu Koon lupakan PRU-13





Lim Guan Eng mendakwa Umno memaksa pesaing politiknya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya tidak bertanding pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, sedangkan Presiden Gerakan itu sememangnya mahu turun gelanggang lagi.
Lim (gambar), yang menggantikan Koh sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengumuman senator itu pagi ini menunjukkan “misi Umno kini sudah selesai.”
“Beliau menjadi presiden parti (Gerakan) dan kemudian menteri (di Jabatan Perdana Menteri). Saya merasakan ia bukan kehendak beliau,” kata beliau di sini hari ini.

Pada sidang media pagi tadi, Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 — mengakhiri spekulasi pelbagai pihaknya mengenai langkah pengorbanan yang beliau bakal lakukan demi menyelamatkan parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Ketua BN Pulau Pinang ini berkata langkah beliau umumkan hari ini adalah “keputusan peribadi” semata-mata.
Bagaimanapun Koh mengesahkan beliau akan terus memegang jawatan-jawatan politik termasuk kedudukan sebagai Presiden Gerakan, ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dan naib pengerusi BN pusat.
Mengenai jawatan-jawatan politik, Koh menjelaskan bahawa beliau hanya akan membuat keputusan sama ada akan meletakkan jawatan terbabit ataupun sebaliknya selepas pilihan raya umum ke-13.
Ketika berucap menutup Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan 16 Oktober lalu, Koh berkata, beliau bersedia untuk melakukan pengorbanan demi parti.
Koh berhadapan dengan kritikan ahli-ahli Gerakan dan pemimpin yang mendakwa kepimpinan beliau terlalu lemah.
Lim yang juga Setiusaha Agung DAP berkata Umno menggerakkan kempen terhadap Koh khususnya menerusi akhbarnya Utusan Malaysia dan “apa yang dihendaki oleh Umno, ia dapat.”
Beberapa pihak dalam Gerakan sebelum ini mahu Koh bertanding di kerusi Parlimen Bagan mencabar Lim dalam melahirkan kekuatan kepimpinannya.
Bagaimanapun Lim enggan mengulas sama ada keputusan Koh hari ini akan menjadikan BN lebih kukuh di Pulau Pinang.
“Pilihan saya tidak penting, Kami menghormati setiap lawan.
“Beliau seharusnya diberi satu peluang kedua. Meskipun anda kalah, anda boleh bertanding lagi pada hari lain. Malah Lim Kit Siang dan Karpal Singh pernah tewas masa lalu dan kembali,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com