Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday 18 November 2011

Lelaki mati dipukul dengan pemarut kelapa ketika tidur




SANDAKAN, 17 Nov — Seorang lelaki mati setelah dipukul dengan alat pemarut kelapa ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Bahagia Batu Sapi dekat sini.
Isahak Iming, 59, yang cedera parah di kepala, mati di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, pukul 6.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 3.30 pagi dan Isahak yang cedera parah dibawa ke HDOR oleh anggota keluarganya.
Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa bagi membantu siasatan kes itu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 59 Anggota Polis di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu dikatakan tinggal bersama Isahak dan dipercayai mempunyai penyakit mental, lapor Bernama Online.
Lelaki itu dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di HDOK untuk pengesahan, katanya.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com