Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 19 November 2011

IGP, Hishammuddin pertahan guna ISA tahan 13 militan





Kah!.....Kah!.....Kah!.....Bangang
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Tolol
Kepada sesiapa yang mati mati percaya akan perubahan yang cuba dilakukan UMNO memang bangang dan tolol. Contoh yang yang paling ketara sekali adalah isu ISA.Kalau ngko orang nak tau UMNO umpama lidah biawak yang ternyata bercabang.
Sudah sudahlah sampai bila ngko orang sanggup diperbodoh bodohkan dengan gula gula pekat lagi pahit dari UMNO. Sedarlah wahai saudara saudara ku sekalian, lakukanlah tranformasi yang akan merubahkan segala galanya. Bukanlah minta ngko orang luas luas. Jangan disempitkan dengan janji janji kosong oleh orang orang yang tergulung dalam dunia lembu.
Biar mereka dan suku sakat serta keluarga mereka sahaja tergulung dalam dunia lembu. Muhasabahlah diri anda dan fikirkanlah sedalam dalamnya.Persoalan utama, sampai bila?
Kah!.....Kah!.....Kah!.....Bangangggg!!!!!!

Penahanan 13 anggota kumpulan militan di Sabah baru-baru ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
“Saya bertindak atas maklumat risikan bukan dalam negara sahaja, (malah) dari serata dunia. Ini (isu keselamatan) berhubung kait dengan rantau lain.
“Ini bukan isu main-main.
“Saya terpaksa bertindak ikut kekuatan undang-undang yang masih relevan di negara kita and saya telah memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia untuk perwakilan asing di Maktab PDRM Cheras di sini.
Dipetil Bernama Online, beliau (gambar) diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, yang menggesa polis supaya menjelaskan kedudukan sebenar penahanan itu supaya tidak disalah tafsir dan menimbulkan sangkaan buruk.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan juga mempertikaikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjanjikan mahu memansuhkan ISA tetapi mereka ditahan.
Ismail berkata, soal keselamatan tidak harus dipermainkan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab utama polis iaitu bagi membendung apa sahaja boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.
“Kita buat (tindakan ini) demi keselamatan negara. Kita tidak boleh tunggu sehingga sesuatu itu berlaku. Nasihat saya kepada sesiapa juga, jangan putar belitkan,” katanya.
Ismail semalam mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
Laporan media menyebut kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula kesemua enam warga Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti militan akan diusir segera ke negara asal mereka.
Beliau berkata, tujuh warga tempatan yang turut ditahan bersama mereka akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai dan segala bukti dapat dikumpulkan.
Katanya, semua yang ditahan itu didapati mendapat latihan ketenteraan serta terbabit dalam penyeludupan senjata dan kegiatan mereka dikategorikan serius bukan saja oleh Malaysia tetapi juga pihak berkuasa Indonesia dan agensi lain di peringkat antarabangsa.
“Buat masa ini, semua mereka ditahan di bawah ISA kerana akta itu masih boleh digunakan untuk membendung kegiatan keganasan sehinggalah akta baru digubal pada Mac tahun depan,” katanya.
Menyatakan bahawa beliau sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai kegiatan kumpulan itu oleh pihak Indonesia, Hishammuddin mengingatkan semua pihak supaya tidak cuba mempolitikkannya kerana ia menyentuh secara langsung keselamatan dan kedudukan negara.
“Kita tidak gunakan sewenang-wenangnya ISA. Ia akan terhad kepada isu keganasan jadi pengesahan pihak Indonesia itu sedikit sebanyak membantu membuktikan kewajaran tindakan kita,” katanya.
Walaupun negara tidak dijadikan sasaran, Hishammuddin berkata beliau tidak mahu melihat Malaysia dijadikan negara transit atau tempat menyimpan senjata atau dijadikan tempat latihan untuk merancang aktiviti keganasan di rantau ini.
Tiga belas individu yang ditahan di Tawau, Sabah sejak Isnin lalu itu disyaki terbabit dalam kegiatan subversif, termasuk cubaan menghidupkan kegiatan militan yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat.
September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.
Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan


.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com