Oleh kerana terlalu terdesak maka Najib dengan selambanya menyifatkan pemblog pemblog pro-BN sebagai 'askar baru' untuk melawan pembangkang. Kemungkinan kerana Utusex Malaysia tidak dapat memainkan peranannya lagi sebagaimana yang diharap harapkan.Begitu juga RTM dan TV3 juga gagal memainkan peranan masing masing.
Talian hayat terakhir yang masih ada dan ikhtiar terakhir untuk menyakin rakyat jelata ialah dengan mengampu pemblog pemblog pro-BN. Secara tak langsung beliau akan merestui apa saja yang pemblog pemblog pro-BN akan lakukan.Maka akan bercananglah macai macai yang telah diampu dan digula gulakan tidak sabar sabar untuk memainkan peranan masing masing.
Seks!.....Sek!.....Sek!.....Keutamaan mereka
Seks!.....Sek!.....Seks!.....Hidangan harian mereka
Wahai pembangkang pembangkang sekian, bersedialah anda semua untuk melalui kemungkinan kemungkinan ini.Melapetaka yang akan direstui oleh mereka mereka yang tergulung dalam gulungan lembu. Berwaspadalah dan AWAS (ANDA WASPADA ANDA SELAMAT).
Ingat akan pesanan Najib ini - “Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut,”
Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.
Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.
“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan.
Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.
Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.
“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.
“Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut,” kata Najib.
No comments:
Post a Comment