Kampung Sealine bersempadan dengan Kampung Senadin di dalam kawasan Lutong, Miri dan sudah didiami oleh penduduk hampir 50 tahun.
Dulu ianya kawasan hutan rimba dan ianya berhampiran dengan telaga minyak Shell. Masih ramai penduduk yang sudah lama tinggal disitu lagi belum mendapat hak milik tanah walaupun sudah banyak kali memohon tanah untuk tapak rumah dari pejabat Tanah dan Ukur.
Pihak kami mendapat aduan dari salah seorang bekas perajurit yang mengadu akan nasib yang menimpa mereka yang pernah berjuang menentang pengganas komunis semasa zaman pemberontakan dulu.

Sehingga kini ramai yang masih belum mendapat tempat tinggal yang sewajarnya setelah mereka bermati-matian menentang pengganas komunis dulu. Pengorbanan mereka selama ini seolah-olah tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
Walaupun mereka pernah memohon tanah untuk tempat kediaman tetapi permintaan mereka kurang mendapat perhatian sehingga mereka terpaksa membina rumah di kawasan tanah kerajaan.
Dulu semasa pilihanraya umum Sarawak mereka telah dijanjikan dengan pemberian TOL atau tanah pendudukan sementara oleh bekas ahli DUN Piasau yang memberikan surat pendudukan sehingga kini geran tanah untuk penduduk Sealine belum dapat khabar lagi.
“Lebih teruk lagi tanah tempat tinggal kami di ukur secara berasingan. Kampong Senadin di ukur mengikut sempadan yang sedia ada seperti mana telah dipersetujui sebelum ini, tanah lot yang lebih besar atau lebih kecil sepatutnya boleh diduduki oleh keluarga tersebut tetapi Sealine tidak di ukur secara ini.
Sebenarnya kampung kami adalah lebih mudah untuk di ukur daripada Senadin. Rumah kampung yang teratur dan tersusun.Apa yang juruukur telah lakukan adalah mengikut draf peta dengan Lot yang diperuntukkan. Terrlalu banyak karenah seperti yang telah kami setuju dulu untuk memindah pasak ke tanda lokasi baru.
Keluarga yang mempunyai tanah yang kecil diberi lot besar dan mereka yang mempunyai lot tanah yang besar kadang-kadang berkongsi lot yang sama. Mengapa tidak boleh juruukur menggunakan inisiatif mereka untuk bagaimana kita merasakan dan bukannya melakukan kerja hanya kerana ada pilihan raya akan pada masa itu.
Sekiranya kita mengadu mereka berkata kami mengikuti peta Sealine sekarang. Sekarang penduduk Sealine tidak berani untuk datang ke pejabat Tanah dan Ukur Miri disebabkan mereka takut tidak dilayan. Dimana perginya perkataan "saya boleh membantu anda" dan berkhidmat dengan senyuman.” Kata salah seorang dari penduduk kampong tersebut.
Disini kita mempersoalkan mengapa pihak kerajaan kurang mengambil perhatian terhadap nasib bekas perajurit atau rakyat yang kurang bernasib baik. Walaupun kita mendengar berbilion-bilion peruntukan bajet untuk kebajikan rakyat tetapi mengapa masih ada yang tertinggal? Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam kebajikan rakyat mengambil perhatian serius akan nasib rakyat ini.
Tanggungjawab pemerintah adalah membantu dan memberi kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

No comments:
Post a Comment