Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 18 October 2011

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik






Simelaon simelaon ni semua lupa yang dia orang pun ada anak. 

Kalau ye pun dah terdesak sangat sangat jangan la  menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

Tindakan yang bajul dan tidak bertamadun langsung.

Bajul!.....Keji!.....Terdesak!.....Berbahaya!.....Kotor!.....Lengkap package yang di miliki oleh mereka mereka yang ternyata dan pasti berada dalam gulungan yang dinyatakan.




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang  cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

NONEBeliau mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telas menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam”.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

najib lim guan eng cycle event 250911 3Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

"Anak saya terkejut besar dengan segala pembohongan ini. Beliau juga tidak pergi ke sekolah selama dua hari. Saya berasa sedih bahawa saya tidak dapat melindunginya daripada perbuat keji Umno itu.”

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com