Apa kesudahannya?.....Seolah olah tiada siapa yang cuba untuk melakukan sesuatu terhadap gejala ini.Semakin hari semakin kronik dan umpama bumi Malaysia ini sudah menjadi tempat longgokkan bayi bayi haram yang tidak diperlukan.
Apakah fenomina ini akan berterusan dan dibiarkan seolah olah sudah menjadi perkara remeh temeh yang tidak perlu diambil perhatian lagi.
Siapa yang harus dipersalahkan......terjadinya gejala seumpama ini?
Sedih!.....Sedih!.....Sedih!.....
Betong - Ke mana hilangnya perikemanusiaan? Dua bayi baru lahir menerima nasib berlainan apabila seorang dari mereka mati dengan kesan kelar di leher, perut serta belakang badan manakala seorang lagi ditinggalkan berteman kucing di hadapan rumah seorang penoreh getah.
Dalam dua kejadian berasingan itu, seorang bayi ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di Betong, Kuching, Sarawak dipercayai baru sahaja dilahirkan tidak lebih 24 jam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada jam 9.15 pagi semalam bagi membantu siasatan.
“Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.
Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.
Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu di :PARIT PANJANG, KEDAH: , seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, tidur ditemani seekor kucing, sewaktu ditemui selepas ditinggalkan di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam.
Maimunah Bidin, 55, lebih dikenali sebagai Mak Tam menemui bayi berkenaan yang tidur di atas kerusi manakala kucing kesayangannya tidur di satu lagi kerusi, kelihatan seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.
Maimunah berkata, pada kira-kira jam 12 tengah malam sebelum itu, dia memang ada mendengar bunyi tangisan bayi tetapi tidak mempedulikannya kerana menyangka tangisan anak jirannya yang berusia lapan bulan.
“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi kedengaran tangisan bayi namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.
“Bagaimanapun, sewaktu anak saya sedang bersiap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran, menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencarinya,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian.
Maimunah berkata, dia ternampak kaki bayi itu kerana wajahnya terselindung kain, bagaimanapun bayi itu didapati lengkap berpakaian dan dibalut dengan sehelai kain pelekat.
“Oleh kerana kesuntukan masa untuk menghantar anak ke sekolah, saya bergegas ke rumah jiran dan menyerahkan bayi itu sambil meminta pertolongannya supaya memaklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
Sementara itu, jiran Maimunah, Yuhanawati Wahab, 50, ketika ditemui berkata, kira-kira jam 6.30 pagi, jirannya itu datang memaklumkan penemuan bayi tersebut dan meminta menjaganya, sekaligus membuat laporan polis.
“Saya menghubungi polis kira-kira 10 minit kemudian. Sementara menunggu pihak berkuasa datang, saya bersihkan bayi berkenaan yang membuang air besar.
“Saya dapati bayi itu tidak dipakaikan lampin sebaliknya hanya dibalut dengan tuala kecil (tuala good morning) dan dipakaikan baju bayi berwarna merah jambu,” katanya.
Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi malang itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

No comments:
Post a Comment